Mangga Muda & Nisan Bercili

3:59 PM

Assalamualaikum. Bawa pulang nisan ni dari rumah mentua aidilfitri hari tu. Beli agak banyak juga untuk dibuat stok. Tak pasti berapa ringgit harganya sebab beli barang masa tu banyak jadi main bayar saja. Orang Terengganu mesti sudah biasa dengan produk nisan ni. Aku ni orang Johor memang tak pernah tahu pun ape tu nisan. Tapi sekarang sudah tahu. Nisan = gula melaka!



Sebelum puasa memang musim buah pelam/mangga berbuah rasanya. Banyak betul orang jual. Tak kiralah di Bintulu ni mahupun di Semenanjung. My mom bawa banyak betul buah mangga muda dari Kuala Selangor ritu. Mangga epal pun ada, macam-macam jenis. Tapau sikit untuk dibawa pulang ke Sarawak.

Hari tu adik ipar aku ramai-ramai makan jambu air cicah dengan benda ni. Entah ape ntah mulanya ku lihat. Tapi bila rasa, sedap betul! Sedap kalau cicah dengan jambu air atau mangga muda. Tapi kalau cicah dengan jambu batu kurang kena sebab hilang rasa manis jambu batu. Aku tak tahu apa namanya jadi aku bantai nisan bercili saja. Dijamin sedap! Walaupun agak pedas tapi dah makan memang nak lagi!

Nisan Bercili

3 sb nisan
3 biji cili

Tumbuk kedua-dua bahan hingga lumat
Sedia untuk dimakan

You Might Also Like

0 comment