Agama Islam

Selawat Kepada Rasulullah

10:36 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. 1 Ramadhan 1433H. Bagaimana dengan puasa anda setakat jam 10 pagi ni? Perut sudah berkeroncong?hahaha..Biasala tu hari pertama puasa, mesti rasa letih n lapar sikit..Nanti lama2 dah biasala. Pengalaman pertama kami berdua bersahur jam 3.30 pagi dek kerana imsak jam 4.58 pagi n subuh jam 5.08 pagi. Nak bangun tak mencabar tapi yang mencabar adalah tempohnya awal sejam dari puasa di semenanjung..Tak biasa k!!Xpe, akan digagahkan jua demi Ramadhan ini..hihi..Untuk bulan Ramadhan ni, diharapkan aku dapat selalu buat entri untuk share sedikit ilmu samada hadis, ilmu agama dan sebagainya..Semoga memberi manfaat kepada semua..

Di antara hal-hal yang mampu menciptakan kelapangan di dalam dada dan menghilangkan keresahan dan kegelisahan adalah mengucapkan selawat kepada Rasulullah. Terdapat dua dalil yang menguatkan bahawa perasaan sedih dan dukacita itu boleh hilang hanya dengan nmengucapkan selawat dan salam kepada Rasulullah.

Pertama: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat  (memberi rahmat ) kepadanya sepuluh kali.

Kedua: Perbanyakkan selawat kepadaku pada malam dan siang hari Jumaat kerana pada waktu tersebut selawat kalain diperlihatkan kepadaku. Para sahabat bertanya:" Bagaimana selawat akan diperlihatkan kepadamu, sementara (jasad) engkau hancur (dimakan tanah)?" Rasulullah menjawab: "Sesungguhnya Allah mengharamkan kepada bumi (tanah) untuk memakan jasad para Nabi.

Orang-orang yang mengikuti Rasulullah dan berjalan di atas petunjuk yang diturunkan kepadanya, akan memiliki anugerah berupa ketenangan jiwa, ketinggian darjat dan kehormatan dirinya. ~ Jangan Bersedih

You Might Also Like

0 comment