Dah Hantar Kad Raya!!!

9:14 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Memandangkan 2 tahun berturut-turut kad raya yang dipos tak sampai ke tangan penerima, bukan sampai lambat tapi memang langsung tak sampai, so this year aku pos awal. Ada 2 penerima tak dapat kad raya iaitu my bff kat Pontian and yang paling penting my family kat Segamat tak dapat kad yang di pos pada tahun 2010 dan 2011. Entah melencong ke mana kad tu pun tak tau. Ada orang seronok bila dapat kad raya tapi nak bagi orang lain malas. Bukanlah nak harapkan balasan bila kita bagi kad pada orang tapi apa salahnya bila hati sendiri dah gembira terima kad raya, kita gembirakan hati orang lain pula. Boleh gitu? Tapi aku tak kisah pun dapat balasan ke tak yang penting aku seronok tulis kad raya, dan seronok g pejabat pos semata nak pos kad raya..feeling raya tu ada maaa..

Harga setem untuk setiap kad yang dihantar boleh tengok di web ni ya: Postage Tariff. Tak lupa di Pos Malaysia ada promosi SetemKu Ucapan Aidilfitri 2012. Boleh dapat setem hari raya dan boleh juga letak gambar sendiri di setem!  Promosi mulai 21 Julai 2012 - 7 Sept 2012. Maklumat lanjut layari Pos Malaysia. Macam promoter plak!! Selamat berpuasa!!

You Might Also Like

0 comment