Sarawak

Dokumen Perjalanan Terhad

11:49 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Berhijrah ke Bintulu hampir menjangkau bulan ke 8 tapi passport baru nak buat. Ya, bagi yang tak tahu walaupun kita ni sama-sama orang Malaysia tapi duduk Sarawak/Sabah kena buat passport. Macam duk oversea pula.hihi

Memandang perginya hari Jumaat, maka agak ramai orang la ye di Jab Imigresen Malaysia Bah. Bintulu ni. Bagi yang baru nak memohon passport, iaitu Passport Perjalanan Terhad perlu bawa:

1. Borang Permohonan PMA (IM.42 PIN 1/97) yang lengkap diisi- Boleh minta di kaunter imigresen
2. Satu salinan kad pengenalan dan dokumen asal. Jika pemohon telah memeluk agama Islam, sertakan satu salinan kad pengenalan memeluk agama Islam dan dokumen asal.
3. Dua keping gambar paspport (Saiz 3.5cm x 5.0cm)
4. Satu salinan salinan passport/pas semasa tinggal di Sarawak/slip IM.114 (Biasanya dapat masa di airport) dan dokumen asal.
Datang jam 9 pagi, jam 11 lebih baru selesai urusan. Ramai sangat orang. Bayar RM5 untuk passport selama 5 tahun then siap dalam tempoh 24 jam.

Dokumen Perjalanan Terhad!!

Lepas ambil passport di kaunter 7, harus pergi ke kaunter 4 untuk mengambil borang 'Permohonaan Lanjutan Pas Lawatan'. Lepas borang dihantar, kena tunggu dalam 30-45min kemudian baru dipanggil. 

Setiap 3 bulan kena datang semula Jab. Imigresen untuk dapatkan cop!! Memandangkan berada di Sarawak untuk bekerja, jadi harus isi borang permit kerja pula.. Itupun masih belum selesai lagi urusan. Apepun sekurang-kurangnya urusan permohonan passport sudah selesai. Alhamdulillah.

You Might Also Like

8 comment

  1. ...BOLEH SAYA BERTANYA?MASA NAK APPLY DPT NIEH KNA ADA DOKUMEN APA LAGI?SBB DI SABAH SAYA NK BUAT TPI TK BOLEH .PEGAWAI TU CKAP KNA ADA SEBAB NK BUAT DPT NIEH..

    ReplyDelete
  2. [ farazaidee ] - Kena bawa dokumen yang 4 di atas ni saja sis.

    Kena ada sebab untuk buat DPT? Tak tahula sis. Kami buat DPT sebab bekerja di sini. Mungkin ada salah paham di mana2 kot. Kena tanya or explain betul2 la pada dia.

    ReplyDelete
  3. salam, nk tnya, camana nk apply permit kerja? sndiri buat ke atau company yg uruskn?

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam. Kami isi borang sendiri dan lepas tu hantar pada zon office untuk diuruskan sis.

    ReplyDelete
  5. owh, ambik borg kat mana? bley explain lbh detail?

    sy pn br nk buat, tp company yg uruskn, deal ngn stu company ni, tp kalo dia yg buat, nama sy xda kt jbtn tenaga kerja srwak, just ada kt imigresen je, tkut ada mslh plak nnt

    ReplyDelete
  6. Dulu borang tu amik kat zon office kami, kira office uruskan. Pastu kami isi je maklumat dalam borang, yang tak paham tanya orang yang lama duk sini. Dah siap kami anta di office, office uruskan. Ada 7 borang kot seingat saya kena isi sebab ada tanggungan sekali, dengan gambar dan ada macam2 salinan sekali..sis bolehlah tanya rakan2 sepejabat..

    Guane nak bantu ni..sorry sis.uhuu..

    ReplyDelete
  7. owh mcm tu, byk rupanya borang nk kena isi, xpa2, terima kasih sbb sudi jwb soalan saya, amat membantu :)

    ReplyDelete
  8. Kalau saje duduk xbekerja? Nk tambah cop mcm mana?

    ReplyDelete