Mee | Mihun | Spaghetti | Laksa | Pasta

Spaghetti Daging

8:37 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Menu tengahari semalam. Menu orang bujang la katakan. Hubby tak balik lunch so masak yang simple2 je. Tapi perut ni memang dah biasa dijamu nasi, harusla jam 4ptg mencari nasi..haha. Lagi satu, tekak ni memang tekak Melayu, resepi spaghetti pun nak tabur cili padi juga..Biasa makan dekat PizzaHut tapi kali ni buat sendiri punya. Buat 1/2 dari resepi asal. Puas hati dan sedap!!Layan

 Resepi: Kakinakl

SPAGHETTI DAGING

Bahan
1 paket spaghetti
Air 

Cara-cara
1. Panaskan air dalam periuk. Bila mendidih masukkan  sedikit garam, minyak zaiton dan spaghetti.
2. Spaghetti direbus hingga lembut kemudian toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun untuk menggelakkan spaghetti melekat. 

Bahan-bahan
500gm daging kisar
1 tin besar pati tomato (puree)
1 tin air (gunakan bekas puree tomato tadi)
1 biji bawang besar (sebaiknya yang kuning)
3 biji bawang putih
2 biji tomato yang besar masak ranum
1 sudu teh oregano
1 sudu teh thyme
garam (ikut citarasa masing-masing)
5 sudu makan tomato sos
2 sudu makan sos cili
2-3 sudu makan minyak zaiton/minyak masak/minyak jagung 

Cara Untuk Buat Sos
1. Potong dadu bawang besar dan bawang putih.
2. Tomato di mesin dengan sedikit air.
3. Panaskan minyak (akak guna minyak zaiton) dalam 3 sudu makan.
4. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
5. Masukkan daging kisar dan kacau sehingga daging masak dan masukkan tomato kisar dan tomato puree bersama-sama 1 tin air. Masukkan garam.
6. Masukkan juga oregano, thyme dan cili sos dan sos tomato dan biarkan mendidih dengan api perlahan.
9. Biarkan sos mendidih sehingga 10-20 minit (pekat) dan rasa dulu (agak-agaklah yer) barulah di padamkan api dan makan bersama spaghetti.

 

You Might Also Like

2 comment

  1. Salam kenal Mel ^^ dh lama ke duk bintulu? :)
    nmpk sedap spagetti tu, dh lama tun x buat spagetti.

    ReplyDelete
  2. baru masuk 7bulan..
    Seronok ada kawan semenanjung yg duk sama2 kat bintulu..hihihi ^_^

    ReplyDelete