AYAM

Pais Ayam Temasek

7:33 AM

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Satu lagi resepi yang harus cuba. Sangat sedap ye resepi pais ayam temasek ni diratah. Hahaha...Memang tak rugi cuba. Resepi ni masak malam tadi, gambar pun kabur-kabur...laparla hkatakan..xsempat nak ambil picture betul-betul. Hubby makan pun selera sangat! Siap ckp lagi boleh gemuk makan lauk sedap-sedap ni.hihi.. Apepun, layan...C n p resepi dari SBK! TQ :D

PAIS AYAM TEMASEK

Bahan²
1 ekor ayam _ dibelah dua dan dibersihkan 
1 helai daun kunyit _ dihiris halus
2 helai daun limau purut _ disiat
2 cawan santan ( 1 biji kelapa )
2 camca besar gula melaka atau secukup rasa
1 camca besar pes asam jawa + 1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Perasa _ ( Ganti dgn pati ayam Tumix )
Daun pisang secukupnya 

Bahan² Kisar
15 tangkai cili kering 
12 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
8 biji buah keras
1 cm lengkuas
Kunyit hidup sebesar ibu jari 
1 batang serai 
Cili padi 
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan putih



Cara²
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga garing dan terbit minyak, guna api perlahan dan kacau selalu. 
  2. Masukkan daun limau purut, jus asam jawa, santan, gula melaka dan kacau rata. Masak sekejap.
  3. Masukkan ayam dan gaul rata. Tambah garam dan perasa / perencah pati ayam secukupnya, masak hingga pekat dan hampir kering. 
  4. Sediakan daun pisang, letak ayam tadi dan tabur dengan hirisan daun kunyit. 
  5. Bungkus dan semat dengan lidi.
  6. Bakar dalam oven 15 - 20 minit atau hingga perang keemasan, suhu sekitar 190°C.
  7. Hidangkan panas bersama nasi. 
Catatan Mat Gebu.. 
:: CATATAN MAT GEBU ~  Mat buat 4 bungkusan dan setiap satu berisi dengan 2 ketul ayam. Daun pisang mat layur sekejap atas api, untuk mengelakkan ia pecah ketika membungkus pais ayam tadi. Selamat mencuba!!...




You Might Also Like

0 comment