TTC

Pendarahan di awal kehamilan

8:24 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Sejak akhir-akhir ni memang selalu cari info pasal kehamilan, keguguran n apa saja yang berkaitan dengan isu pregnancy ni. Yela, nak dapat anak harus ada ilmu pengetahuan. Ilmu tentang cara nak dapat anak, ilmu tentang penjagaan bayi dalam kandungan, dan banyak lagi ilmu yang perlu dipelajari jika dah ada anak. Info hari ni tentang pendarahan di awal kehamilan. 

Ramai antara ibu-ibu mengandung risau akan kehadiran brown spot. Ada antaranya berlarutan hingga ke hujung tempoh kehamilan. Tak lupa ada juga yang mengalami keguguran selepas hadirnya spotting. Kehadiran brown spot mungkin petanda keguguran di awal kehamilan. Aku ambil petikan yang penting-penting je, kalau nak tengok keseluruhan text, boleh klik link ya

Info: Drzubaidi

Pendarahan Di Awal Kehamilan

Pendarahan di awal kehamilan adalah tanda biasa bagi seseorang yang keguguran.
Ia biasanya berlaku di awal kehamilan, iaitu selalunya dirujukkan kepada umur kehamilan bermula dari persenyawaan hingga ke umur kehamilan 20 minggu. Ketika itu janin di dalam rahem hanya mempunyai berat sekitar kurang 500 gm. Namun kita harus faham bahawa keguguran boleh berlaku sebaik saja persenyawaan berlaku dan wanita itu belum lagi sampai waktu kedatanga darah haids yang berikutnya. Maka mereka tidak menyedari bahawa mereka hamil dan mengalami keguguran.
Sebanyak 20% dari semua kehamilan berakhir dengan keguguran.

Keguguran secara tidak sengaja dinamakan spontaneous abortion  berlaku tanpa dipinta. Ia boleh berlaku atas dua sebab sama ada masalah pada janin atau masalah pada ibu yang hamil itu.

Jika masalah keguguran ini berpunca dari janin di dalam rahim,  bermakna janin itu telah meninggal dunia dahulu dan kemudiannya dikeluarkan dari rahim. Ianya berlaku pada awal kehamilan. Puncanya akibat kecacatan genetic pada janin itu sendiri. Oleh itu janin yang belum dibentuk anggotanya tidak boleh survive ketika di dalam rahem.

Maka janganlah bersedih atas ’musibah’ ini. Jika berlaku pembentukan anggota dan bayi itu lahir, kemungkinan keadaan bayi itu lebih menyedihkan kita kerana mungkin bayi itu cacat teruk atau mengalami masalah kesihatan yang serius. Maka berserahlah pada takdir Allah dan bersabarlah jika Allah telah menetapkan janin yang dihamilkan itu meninggal dunia semasa dalam kandungan lagi. Allah saja yang mengetahui nasib hamba-hambaNya.Pendarahan yang berlaku pada keguguran di awal kehamilan selalunya sedikit. Namun ianya akan bertambah banyak. Ada kalanya wanita itu akan melihat darah beku yang berketul-ketul keluar dari kemaluannya. Sakit perut akibat pengecutan rahim akan menyusul apabila janin cuba dikeluarkan.

Jika keguguran disebabkan oleh ibu yang hamil, janin yang hidup dikeluarkan akibat aktiviti rahem yang tidak normal. Ini selalunya berlaku pada umur kehamilan selepas 13 minggu. Namun begitu selalunya janin itu meninggal dunia kerana stuktur anggotanya masih belum matang untuk hidup di dunia. Puncanya ibu itu demam, atau jangkitan kuman toxoplasma, atau keadaan ketidakseimbangan hormone, atau masalah kelenjar thyroid, atau masalah pangkal rahem cervix yang tidak kuat, atau pembentukan uri placenta di rahem yang kurang sempurna, atau kecederaan trauma pada perut ibu seperti ditendang atau jatuh, atau kecacatan pada rahem eg hypoplastic uterus, bicornuate uterus, septate uterus.  

Wanita itu akan merasa sakit dahulu sebelum keluar darah dari kemaluannya. Selalunya ia berlaku pada semester kedua selepas 14 minggu. Kesakitannya serupa dengan kesakitan hendak melahirkan anak.

Kesimpulannya:- 

a) Ianya sesuatu yang tidak perlu dirisaukan jika umur kehamilan baru mencecah 13 minggu. Ini kerana faktor genetik janin itu yang tidak memungkin iaya hidup setelah dilahirkan ke dunia. Selalunya wanita akan mengalami pendarahan di kemaluan dahulu kemudian sakit perut.

b) Berbeza dengan keguguran yang berlaku selepas 13 minggu hingga 20 minggu. Ia lebih disebabkan masalah pada ibu yang hamil sama ada perseimbangan hormone atau struktur rahemnya yang tidak sempurna atau kecederaan trauma. Ia perlu dicari puncanya dan dirawat apatah lagi jika keguguran berlaku berkali-kali. Ia harus diikhtiarkan penawarnya.

p.s: Jika keguguran berlaku, pastikan kita sentiasa redha. Sesungguhnya ada hikmah di sebalik setiap kejadian

You Might Also Like

0 comment