Sewing

Minyak Mesin Jahit

7:33 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

 Assalamualaikum. Mesin NV50 ni memang tak pernah buat cleaning. Minggu lepas baru tergerak hati nak buat cleaning membuang segala  macam habuk, benang mahupun cebisan2 kain plus letak pelincir pada bahagian yang asyik bergerak tu kan. Risau gak nak buka..Yela walaupun student mechanical tp tang nak menjahanamkan barang memang cepat je tangan ni kan..hahaha..Saja buat tuto ni coz kat operation manual memang takde tunjuk cara2 nak letak minyak pada nv50 ni.

1.  Tanggalkan pemegang presser foot menggunakan screwdriver
[ Sebelum tu make sure semua benang, jarum dan bobbin telah ditanggalkan ]

2.  Tanggalkan penutup bobbin

3. Tolak needle plate cover ke arah anda ( Anak Panah)

4. Tarik keluar bobbin case (Anak Panah)
[ Pastikan tanda bulat & segitiga berada pada kedudukan yg sama semasa bobbin case dimasukkan kembali]

5. Gunakan cleaning brush untuk membuang habuk2 di bahagian dalam mesin

6. Setelah habuk dibuang, barulah letak minyak mesin jahit pada indicator points ( Tanda bulat/segitiga)

Masa menjahit pun boleh titiskan minyak tanpa perlu buka bobbin case. Nak buat cleaning baru buka bobbin case ye. Boleh letak 1-2 titis seminggu sekali. Kalau selalu guna boleh letak 2-3 kali dalam seminggu. Aku guna minyak jenama Singer coz penjual tu kata leh guna untuk apa2 jenis brand mesin jahit pun. My dad pun beli sekali tp bukan untuk letak kat mesin jahit tapi nak letak dekat alatan memancing dia..hihi.
Beli mesin mahal2, nak guna lama, jadi kena rajin buat cleaning n letak minyak ye!

Info: LSN

You Might Also Like

4 comment

  1. alhamdulillah. thank you so much for sharing. dah lama saya cari cara2 nak letak minyak kat nv saya. tq

    ReplyDelete
  2. [ Haida Hussin ] - Alhamdulillah. Moga ilmunya bermanfaat ^^

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, salam kenal dari Indonesia. thank u for ur articel, mesin saya jaguar 594, saya udah nyari2 belum nemu juga cara ngasih minyak olinya di bagian mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. [ Umi ] waalaikumussalam. Maaf mesin lain saya kurang pasti. Boleh tanya pada kedai yang puan beli.

      Delete