AYAM

Ayam Goreng Nyonya

2:10 PM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Ke dapur lagi entry kali ni. Sejak akhir2 ni rajin pulak post entri 2-3kali dalam sehari. Mana taknya, nanti sibuk, dah terbiar blog ni. Selagi ada masa, harap boleh share banyak perkara yang bagi manfaat pada semua orang. Apepun, layan la resepi ayam ni. Memang sedap, mantap dan confirm akan buat lagi. Masa makan hubby siap tanya ada lagi tak ayamnya. Sangat sedap untuk diratah ye. Cayalah!!!Aku c n p dari blog Kak Ayu saja. Selamat mencuba!

AYAM GORENG NYONYA
Sources:-From Citarasa Istimewa Berasaskan Ayam

Bahan2:-
500g ayam -dipotong sederhana
8 biji cili padi -diketuk
1 biji bawang besar -dipotong bulat
1 sudu besar sos plum masam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
sedikit daun kari
garam dan perasa secukupnya
minyak - untuk menggoreng

Bahan Perap:-
1 batang serai*
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2cm lengkuas*
sedikit halia*
(*dikisar halus)
1 sudu kecil sebuk kunyit
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
sedikit garam

Cara membuatnya:-
  1. Bersihkan ayam dan keringkan dengan kain. 
  2. Gaulkan dengan bahan perap hingga rata. Biarkan selama 20 minit
  3. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan tos.
  4. Panaskan minyak dan goreng bawang besar, cili padi dan daun kari hingga naik baunya.
  5. Masukkan ayam, sos plum masam, sos tiram dan sos tomato, garam dan serbuk perasa. Kacau sebati.

You Might Also Like

0 comment