بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Malam tadi buat nasi minyak special untuk suami. Katanya lama dah tak makan. Last makan pun masa kami kahwin gamaknya. Nak buat agak leceh sebab nak makan 2 orang je. Kalau masak penat2 untuk ramai ok gak la. Tapi dek mengenangkan tekak hubby yang harus diisi, harus buat jugala. Alhamdulillah sedap katanya. Masak bersama ayam masak merah dan acar sikit. Acar tak leh makan banyak2 coz ada cuka. Malam2 mkn cuka ada yang sakit perut nanti. So, buat sedikit saja. Main suka hati sendiri je masak coz resepi asal untuk ramai orang, so pandai2 adjust resepi untuk dua orang je.
NASI MINYAK
Sumber : Kak Wan
Bahan-bahan:- ( Sukatan 2 orang )
1 kg. beras Basmathi (dibasuh & disejat) (masak 1 1/2 cawan)
150 ml minyak sapi (guna 2sb )
2 helai daun pandan (disimpul) (guna 1 helai )
155 ml air (1 cawan air)
150 ml susu cair (1/2 cawan )
2-3 camb stok pekat ayam/2 kiub stok (letak 1/2 sb)
garam secukupnya
80 gm gajus } - (guna kismis)
50 gm bawang goreng } bahan hiasan (lupa letak)
100 g pis hijau } (xde stok)
150 ml minyak sapi (guna 2sb )
2 helai daun pandan (disimpul) (guna 1 helai )
155 ml air (1 cawan air)
150 ml susu cair (1/2 cawan )
2-3 camb stok pekat ayam/2 kiub stok (letak 1/2 sb)
garam secukupnya
80 gm gajus } - (guna kismis)
50 gm bawang goreng } bahan hiasan (lupa letak)
100 g pis hijau } (xde stok)
Bahan Penumis:
5 cm kulit kayu manis (2 cm)
2 kuntum bunga cengkih (1 kuntum)
2 buah pelaga (1 bj)
Bahan dikisar/tumbuk:
8 biji bawang merah (2 biji)
2 ulas bawang putih (1 ulas)
2.5 cm kunyit hidup (1 hiris~1 cm)
2.5 cm halia (1 hiris~1 cm)
2.5 cm kunyit hidup (1 hiris~1 cm)
2.5 cm halia (1 hiris~1 cm)
Cara-Cara:-
1. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan penumis dan bahan kisar. Kacau hingga terbit bau.Masukkan beras, gaul 2-3 minit.
2. Bubuh pula daun pandan, air, garam, susu dan stok. Kacau sekali-sekala hingga menggelegak.
3. Bila airnya kering, perlahan api dan tutup periuk. Biar ia masak.
Ayam masak merah dan sayur acar boleh klik link ye. Ada banyak kerja mahu buat pagi ni.
Sekarang tengah duk sibuk kumpul resepi yang sedap2 untuk dijamu menjelang Ramadhan tak lama lagi. Cepat betul masa berlalu, tup..tup dah nak Ramadhan semula. Bagi yang belum habis ganti puasa tu, jangan cepat2 la ganti..Nanti nak Ramadhan baru nak ganti takut terlewat pulak, takut tetiba mengandung or demam/sakit ke dah banyak isu timbul pula. Selamat Mencuba
0 comment