AYAM

Ayam Masak Merah Kenduri

12:08 PM


Dah jumpa resepi ayam masak merah yang sedap! Resepi kali ni bukan sekadar sedap tapi sama macam ayam masak merah yang kita makan kat kenduri kahwin tu. Berbezanya resepi ni ada susu. Aku dah try dua-dua, satu letak susu dan satu xletak susu. Aku lagi suka yang tak letak susu. Mungkin aku masak dalam kuantiti yang sikit jadi bila letak susu rasa kurang enak. Apapun, maintain sedap kalau tak letak susu.

Resepi asal: Ayam Masak Merah

AYAM MASAK MERAH ALA KENDURI

Bahan-bahan:
3-4 ketul ayam - goreng dahulu
Rempah tumis
(1 btg k.kayu manis, 1 bj pelaga, 1 bj cengkih , 1 bj bunga lawang)
1 sb cili kisar
1 sb sos cili
1 sb madu
* 1 in halia
* 2 bj bawang merah
* 2 ulas bawang putih
1/2 bj bawang besar

Kaedah:
1. Tumis rempah tumis seketika dalam sedikit minyak
2. Masukkan bahan hiris (*). Kacau
3. Masukkan cili kisar.Kacau hingga pecah minyak
4. Masukkan sos cili dan ayam
5. Masukkan air mengikut suka. Sesuaikan rasa
6. Hias dengan cili besar daun sup
7. Hidang

Makan dengan jelantah. Pergh, sedap!!!

SAYUR JELANTAH

1. Timun, lobak, bawang besar dan cili besar dihiris nipis dan panjang.
2. Masukkan semua bahan hirisan dalam bekas bersama-sama dengan garam, gula dan 1 sk cuka
3. Siap untuk dimakan


You Might Also Like

0 comment