Kesihatan

SIHAT | Kurus vs Gemuk

8:52 AM

Situasi 1
Maya : Ko ni kurus sangat la (Sambil tangan memegang Nur)
Nur : So? Apa masalahnya
Maya : Takde ape2. ( Sambil senyum sinis terhadap Nur)

Situasi 2
Ina : Ko ni kurus. Teruknya. Tak makan ke?
Rin : Mana ada. Makan banyak lagi.
Ina : Tangan aku tak macam dia ni kan (sambil memegang tangan sendiri dan senyum sinis)
Zue : Tak. Ko tak kurus macam Rin pn. Hahaha (Disertakan sekali dengan senyum sinis)


Pernah tak alami situasi di atas?
Situasi di mana orang lain mengutuk secara depan-depan pasal bentuk badan kita
Tak kirala gemuk mahupun kurus, ada saja tak kena pada pandangan org lain
Korang memang dah dilahirkan kurus?
Dah makan banyak tp takleh gemuk? Takleh dapat bentuk badan ideal ?
Selalu dipersendakan oleh orang lain?
Ape korang buat? Ape korang rasa?

Aku pernah alami situasi di atas ni.
Bukan kawan baik yang cakap camtu tapi orang sekeliling
Ape aku rasa? 'Kurus sgt ke aku n?' ~ Ini yg aku rasa k
Masa mula-mula, i keep asking my mom kenapa camni
Jawapan my mom senang je - Mak tak kisah pun. Yang penting ko sihat
Dah lama-lama memang betul ape yang my mom cakap
Pedulikan ape orang nak kata yang penting kita sihat

Gemuk atau kurus, yang penting kita sihat k
Kalau ada badan yg sempurna, yang montok tapi tak sihat ape gunanya kn?
Aku ada 2 orang kawan yg badannya masa sek men kurus gila tapi time study berusaha nak naikkan berat badan, kiranya nak dapat bentuk badan yang ideal la
Beli macam-macam vitamin, ubat segala macam la

Kesannya: Yes, mereka memang dapat naikkan berat badan
Tapi sekarang nak jalan pun susah coz gemuk sangat.
Dah gemuk susah pulak nak kuruskan badan lik
Beli la segala macam ubat nak kuruskan badan pulak
Ubat sapu la, ubat makan la, semua rembat kat farmasi
Bila jalan termengah-mengah pulak. Makan pun kena catu.
Makan sayur je coz takut tambah berat badan lagi
Tak lupa nak cari baju seluar yang saiz besar pun dah susah k
Kan dah tak betul tu. Masa kurus ko nak gemuk, dah gemuk nak kurus pulak!
Duit dah banyak membazir kt situ. Tak terfikir ke?

Sekarang, aku lebih mencintai diri sendiri
Biarla ape orang nak cakap
Yang penting, diri aku sempurna di mata suami
Yang penting aku sihat
Yang penting aku boleh jalan laju-laju tanpa termengah-mengah
Yang penting aku boleh makan ape saja yang aku nak
Yang penting kalau beli kain ela leh jimat duit, tak payah beli kain lebih-lebih
Yang penting time beli emas, leh potong sikit emas, jimat duit!

Nasihat: 
Kalau korang kurus tapi sihat walafiat, syukur alhamdulillah
Kalau korang kurus tapi badan yg kurus buat korang tak sihat, cubalah makan makanan berkhasiat
Kalau korang gemuk tapi sihat, cubala kawal pemakanan anda. Bersenam jangan lupa
Kalau korang gemuk tapi tak sihat, bersenamlah. Jaga pemakanan

Kalau malas nak berlari, nak bersenam, cuba berbasikal ye ^_^
Yang paling penting: Cintaila Diri Anda!

You Might Also Like

0 comment