بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Kalau bukan hari cuti, memang tak berpeluang tengok cite best2. Mana taknya before jam 10mlm dah tido. Yela, nak bangun jam 5 pagi kan. Kat sini jam 10 tu lebih kurang jam 11 mlm kat Semenanjung. Jam 6 pagi, matahari dah nampak dah. Nasib baik ada beberapa rancangan fav macam CSI ke ada siaran ulangan keesokkannya. Jam 6.30pagi duk depan tv tgk siaran ulangan rancangan 30 Minit Ustaz Don. Bagi yang dah tengok, alhamdulillah bertambah ilmu pengetahuan. Bagi yang tak tahu, aku kongsi sikit la ye pengetahuan ni. Lagipun untuk masa2 akan datang boleh tengok balik entry ni, kalau nak mengharapkan otak ni untuk mengingat, haruslah nanti lupa. Manusiakan mudah lupa. Nak catat takut ntah mana2 letak. Confirm hilang nanti. Mana taknya, hidup kami kan berpindah randah setahun dua sekali. Topik ulangan tentang Mandi Wajib dan Berwuduk. Harap dapat memberi manfaat untuk semua.
Mandi Wajib
1. Niat. Niat penting kerana membezakan antara mandi wajib, mandi sunat or mandi lain. Tak kirala mandi wajib sebab datang haid/junub/wiladah etc, yang penting niatnya sama saja.
Niat: 'Sahaja aku mandi hadas besar kerana Allah swt'.
2. Meratakan air ke seluruh badan. Dibolehkan mandi bogel. Tapi kalau mandi di tempat terbuka, harus tutup semua aurat ye.
3. Wuduk. Disunatkan untuk berwuduk. Wuduk tidak terbatal jika membasuh/memegang kemaluan. Boleh terus solat menggunakan wuduk yang sama.
4. Suami isteri. Dibolehkan mandi bersama suami/isteri ye. Tak menjadi masalah
5. Puasa. Jika lepas azan subuh baru terjaga dari tidur dan waktu subuh belum habis lagi tapi masih belum mandi wajib, so terus mandi wajib dan solat. Puasa wajib/sunat tidak terbatal. Teruskan puasa ye.
6. Menziarahi kubur. Kalau masih belum mandi wajib, harusla mandi terlebih dahulu sebelum menziarahi kubur. Kerana wandi wajib adalah satu kewajiban tetapi menziarahi kubur sekadar sunat.
7. Haram hukumnya mengikut Mazhab As Shafie untuk memasuki masjib jika belum mandi wajib.
8. Pewarna rambut. Jika pewarna yang digunakan boleh menyerap air, maka tiada masalah tetapi jika pewarna rambut kalis air, harus membotakkan rambut. Bagi perempuan dibolehkan untuk membotakkan rambut kerana mandi wajib adalah kewajiban bukan sekadar suka2 nak botak untuk menyerupai lelaki.
Berwuduk
1. Niat. Macam biasa haruslah ada niat kan
2. Mengadap kiblat. Disunatkan untuk mengadap kiblat.
3. Memegang suami/isteri. Wuduk terbatal jika memegang suami/isteri kerana dalam Mazhab Imam As Shafie dinyatakan bahawa wuduk terbatal bagi orang yang sah boleh berkahwin. Maksudnya, kalau suami bercerai dengan isteri, still boleh kahwin kan? Mazhab lain memang cakap tak batal tp kita duk Malaysia, so guna la Mazhab Imam As Shafie ye.Mana boleh suka2 hati ikut mazhab lain.
4. Batal wuduk jika keluar sesuatu ( kencing/kentut/darah/cacing dsb ) dari dubur/qubul. Jika kentut keluar bersama sedikit cecair dubur haruslah dibasuh.
5. Masalah kencing/kentut berterusan. Ada sesetengah antara kita berpenyakit asyik nak kencing/kentut sahaja. Apa yang perlu dibuat adalah, pabila masuk waktu, haruslah terus solat. Ambil tisu bersih dan letak di bahagian dubur/qubul dan letak tape. Boleh juga menggunakan pad/tuala wanita. Ambil wuduk seperti biasa dan teruskan solat. Seandainya ketika solat terkentut/terkencing, wuduk tidak terbatal, teruskan solat. Tetapi, wuduk tersebut tidak boleh digunakan untuk solat lain. Jika nak solat sunat ke selepas tu, harus mengambil wuduk semula.
6. Haram hukumnya mengikut Mazhab As Shafie untuk memegang Al-Quran tanpa wuduk. Tetapi jika untuk mengambil Al-Quran yang terjatuh, dibolehkan.
7. Make up. Semua make up haruslah dibuang before berwuduk especially sesetengah bahan make up yang kalis air macam eye liner.
Itu je info yang sempat ambil. Pagi2 mesti kelam kabut skit, nak sediakan suami lagi, nak sediakan sarapan lagi. Kalau ada anak nanti lagi sibuk gamaknya.hihihi. Seandainya ada info yang salah, harap boleh komen ye, boleh sama2 belajar. ^_^
Selamat beramal
0 comment