NASI

Nasi Goreng Kerabu Pedas

9:12 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Mudah, simple tapi menyelerakan dan sedap. Sampai 2 pinggan habis aku makan sorang..hihihi
Kuat makan betul tapi badan tak besar-besar. Itu yang best, boleh makan apa saja tanpa fikir gemuk ke tak nanti. Selera betul makan dek kerana nasi gorengnya cantik, berwarna-warni dan yang penting pedas. Silakan mencuba ye ^^

NASI GORENG KERABU 

Bahan-bahan:
3 cawan nasi
*8 bj cili padi
*2 ulas bawang putih
*1/2 bawang besar
*2 batang serai
1 batang bunga kantan - hiris
5 helai daun limau purut  - hiris
Sedikit kacang panjang - hiris 
Daun sup, kubis, timun, keropok - Optional
Garam

(*) Cincang halus

Kaedah:
1. Tumis bahan yang dicincang halus dalam sedikit minyak hingga keemasan
2. Masukkan bahan hirisan. Biarkan layu sebentar
3. Masukkan nasi. Kacau rata dalam api yang kuat
4. Masukkan garam. Matikan api
5. Tabur sedikit daun sup dan bawang goreng.
6. Hidang dengan keropok ikan, hirisan timun dan hirisan kubis

p.s: Urat tengah daun limau purut harus dibuang. Jika suka boleh letak daun salem atau daun kesum. Ambil serai di bahagian putih/bawah sahaja utk mengelakkan tercekik semasa makan.

Selamat Mencuba


You Might Also Like

0 comment