Digigit Pelesit?

8:26 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Saat entri ni ditulis, sakit sudah beransur pulih. Tajuk nak hebat plak kan digigit pelesit.
I dont know pelesit tu ape tp yes aku memang digigit pelesit ritu. Masa pergi hosp kerana kes kencing berdarah ritu, balik pun time malam2, memang tak sangka kena gigit pelesit. Kami kan duk dlm hutan, rumah banglo je besar tp duk sorang2 atas bukit tanpa sebarang jiran. Ada jiran pun jauh. 

Dua tiga hari selepas g hosp tu, ada lubang kecil di paha. Bukan 1 tp 3 lubang kecil berbentuk segitiga berwarna kemerahan.Sakit dan sedikit lebam tp xlah sampai menangis kan. Mula2 ingat jerawat tp  memang tak sembuh after seminggu. Tepon my mom n perkhabaran digigit pelesit menjengah ke telinga. Risau jugala coz my mom kata pelesit ni hisap darah. Yela, benda kita tak nampak kan. Nasib baik kena gigit just sakit kat tepat gigitan tu je, tak la sampai lenguh2 satu kaki. Nasihat my mom gosok bawang merah di bhgn digigit tu. So, beransur pulih.

Yang penting:
1. Jangan kuar waktu senja/malam2
2. Balik rumah bagi salam, terus basuh kaki@bersihkan diri 
(Supaya benda2 tak elok, tak ikut masuk dalam rumah)
3. Baca la ayat al-Quran sebagai pendinding diri kalau kuar malam2 tu
4. Jangan mandi waktu maghrib

Dulu pernah ada orang hantar belalang pelesit warna hijau dekat rumah my mom tp sempat ditangkap belalang tu n dibunuh. Tak taula sape yang hantar. Pasni memang takkan kuar malam2 la dah ^^

You Might Also Like

0 comment