بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Salam Hari Jumaat.
Hari ni nak share pasal topik keagamaan. So, marilah kita timba ilmu sama2 ye.
Info diperolehi dari rancangan 30 Min Bersama Ustaz Don
Tahukah anda tidak boleh solat sunat selapas Subuh (sblm matahari naik)?
Mungkin ada yang nak solat hajat ke, memang tak leh ye. Tp kalau solat seperti Solat Sunat Tahiyatul Masjid/Solat Gerhana/Solat Taubat dibolehkan. Isu ni memang dah tahu tp yang tak tahu kenapa ia tidak dibolehkan di dalam Islam.
Jawapan: Sebabnya pada masa tersebut ada golongan penyembah berhala/golongan majusi menyembah berhala dan menyembah matahari yang naik.
Umat Islam memang disuruh utk menunaikan solat di awal waktu tetapi bagaimana pula dgn solat Isyak yang panjang waktunya?Afdal solat awal atau solat lewat?
Jawapan: Bagi orang biasa, disarankan solat di awal waktu. Masuk je waktu Isyak, teruslah solat. Tetapi jika ingin melakukan solat sunat Tahajud, afdal untuk melewatkan solat Isyak tp jangan sampai tak terbangun pula
Semoga info dapat membantu. ^^
0 comment