بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum.
Sebelum ni pernah mention pasal cendawan busut ni yang jumpa belakang rumah [Entri: Cendawan] tp kali ni terjumpa ada orang jual pula. So, memang kena beli la. Dah satu family memang hantu cendawan busut ni kan. Oleh kerana hari tu pulang sorang-sorang so my dad jemputla kt LCCT kan. Odw balik ternampak orang jual cendawan ni sepanjang jalan di kawasan Tampin kalau tak silap la. Sangat banyak k ^^
Cendawan ni tumbuh dekat busut yang ada anai2. Memang susah nak cari la. Ada dekat pokok2 getah, pokok kelapa sawit esp lepas hujan panas, byk la tumbuh. Tapi bukan yg tumbuh dekat tandan sawit ye, ini tumbuh dekat busut. Yang dekat tandan sawit tu boleh dimakan juga tp sedikit beracun la. Bagi org yang tak tahan, boleh pening2 kalau termakan. Apepun, orang ni jual murahla. 4 tangkai dijual RM10. Pujuk punya pujuk, my dad dapat RM8 je 4 tangkai.ehehe.
Balik rumah tumis dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam banyak2, semua orang suka makan. Sedapppp!
0 comment