Kesihatan

Mudarat Hubungan Seks Ketika Haid

8:44 AM

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang
Salam pagi Jumaat yg penuh indah dan damai

Selama ni, kita tahu memg hukumnya haram utk berjimak ketika isteri haid. Haram sebab bawa mudarat tp tahukah anda apa yg dimaksudkan mudarat dlm konteks berjimak ketika haid ni? Tak kirala kita dah kahwin ke, belum kahwin ke or bakal berkahwin, harus sentiasa pelajari ilmu2 rumahtanggan ni. Nanti dh ada anak, anak soal pn tak tau nk bg jawapan pe kn. Hari ni nak kongsi sedikit ilmu hasil pembacaan mel. Semoga kita semua mendapat manfaat darinya
Hubungan kelamin dengan isteri ketika haid secara muktamadnya HARAM.
 Allah menjelaskan perbuatan ini haram kerana mengundang mudarat besar kepada suami isteri.
Kajian sains dlm bidang berkaitan telah merungkaikan sebahagian mudarat yg akan terjadi

Mudarat Hubungan Seks Ketika Haid

Mudarat Kepada Wanita
1. Pengeluaran darah - Hubungan seks ketika haid meningkatkan pengeluaran darah kerana saluran darah uterus ketika haid sgt sesak, mudah pecah, rosak

2. Dinding uterus terluka - Dinding uterus mudah terluka dan mendapat keradangan dr hub seks

3. Tisu tertanggal - Tisu pengalas pd uterus tertanggal ketika haid sehingga menjadikan uterus dlm keadaan calar balar seperti kulit yg disebat, menyebabkan mudah terdedah kepada kuman yg mungkin dibawa oleh zakar

4. Jangkitan kuman - Kemasukan zakar ke dlm faraj ktka haid memudahkan jangkitan kuman kerana ketika haid daya ketahanan tubuh melawan penyakit sgt lemah

5. Tiub falopian tersumbat - Jangkitan bakteria mungkin boleh sampai ke tiub falopian hingga menyebbkan tersumbat dan ini menjadikan wanita tersebut mandul atau hamil luar rahim yg sgt berbahaya

6. Emosi terganggu - Selain tubuh fizikal, emosi wanita yg haid juga berada dlm keadaan tidak stabil, stres dan kemurungan melampau

Mudarat Kepada Lelaki
1. Keradangan - Keradangan pada kulit zakar

2. Bau yg tidak menyenangkan - Bau haid yg tidak menyenangkan boleh membantutkan keinginan seksual lelaki sehingga membawa kepada sindrom dingin seks

3. Jangkitan bakteria - Bakteria dlm darah haid dgn mudah memasuki sistem pembiakan lelaki melalui zakar hingga boleh menyebabkan kemandulan

4. Kegatalan pada zakar - Zakar menjadi gatal dan tindakan menggaru boleh menyebabkan luka pd kulit zakar

Info: Buku Ensiklopedia Solat | Image: Google

Sekarang sudah tahu apa yg boleh terjadi andai hub seks dilakukan juga ketika isteri haid? Boleh mandul k! So, bg para suami di luar tu, nak buat anak pn sabar2 la menanti isteri habis waktu haid ya 

Selamat Beramal!
Wassalam

You Might Also Like

0 comment