Mee | Mihun | Spaghetti | Laksa | Pasta

Laksam

2:01 PM

Hidangan tengahari. Satu ayat je nak ckp: It's not east, but it's worth it! Sebab: Habis licin semua laksam hubby habiskan. Alhamdulillah, kali pertama buat sedap ^_^

Laksam
Resepi: myr 

Bahan-bahan ( 2-3 orang ):-
3cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4cwn air suam


Bahan kuah:
Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
Sdkt halia
Sdkt bwg putih
Sdkt bwg merah/besar
Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
Santan
Asam keping
Sdkt garam
Sedikit gula merah/gula
 

Bahan ulam
timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
 

Sambal cili:
cili merah
belacan
garam
limau

Cara-cara:-

Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau


Resepi ni kena pandai2 agak. Aku try-error je tapi nak makan punya pasal, gasak ajelah. Nasib baik jadi dengan jayanya. hahaha. Cuma kacang panjang je tak letak, xde dan laksamnya buat 1/2 je bancuhan sebab untuk sekali makan je.^^

Selamat Mencuba

You Might Also Like

0 comment