NASI

Nasi Goreng Seafood

10:00 PM


Assalamualaikum. Nasi goreng ni memang sangat disukai hubby.Yang penting masa masak tu guna minyak gorengan seafood, lagi sedap. Kadang2 mel goreng ketam sekor, baru goreng sotong dan udang. Tapi ketam tu ratah saja. Cuma nak minyak tumisan tu ada lebih rasa seafoodnya.Selamat mencuba

Nasi Goreng Seafood
Resepi: mel

Bahan-bahan:
2 cawan nasi putih
5 ekor udang
3 ekor sotong - potong gegelang
5 bj cili padi - ketuk

1 sb sos tiram
1 sb kicap
2 helai daun limau purut
mix vege - carrot, kubis
Daun sup/daun bawang


Bahan Kisar:
2 sb cili kering
2 bj bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm halia

Kaedah:
1. Panaskan sedikit minyak. Goreng udang dan sotong hingga masak/keperangan. Angkat dan toskan.
2. Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar dan cili padi hingga pecah minyak.
3. Masukkan sos tiram, kicap, daun limau purut, udang dan sotong. Gaul.
4. Masukkan mix vege dan nasi. Kacau rata
5. Perasakan dengan garam.

6. Hias dengan daun sup/bawang sebelum dihidang. Boleh dimakan bersama sup ketam dan ulam2an

Selamat Mencuba

You Might Also Like

0 comment