RESEPI

Sup Sayur Mudah

2:26 PM

Sup sayur memang selalu buat. Terutamanya ketika musim hujan. Sedap je makan nasi ada sup panas-panas. Nak buat amatlah mudah. Tak perlu letak garam semua, masuk ini, masuk itu dah siap. Memang kegemaran kami sekeluarga. Sedap!

SUP SAYUR

Bahan-bahan:
Mix vege (jagung, cendawan, bunga kubis, carrot dsb
2 bj cili padi - ketuk
2 ulas bawang putih - ketuk
1 in halia - hiris
2 sb perencah sup sayur Adabi
Air secukupnya


Cara-cara:
1. Masukkan bahan hiris dan perencah sayuran dalam periuk berisi air mendidih.
2. Masukkan mix vege dalam air rebusan. Biar seketika
3. Hidangkan

You Might Also Like

0 comment