NASI

Nasi Goreng Daging Pedas

9:43 AM

 Nasi goreng daging lagi yang super duper pedas

Baru nak makan, hubby bersuara. "Leh buka kedai ni". Hahaha. Sgt suka bila selalu kena puji bab2 masakan ni. Yela, nak bagi suami makan sedap2 tp tak mo suami demokkk. Tak suka suami yg demokk n muncit. Tak bagus k. Dh pernah buat, tp kali ni ikut ape yg ada di dapur la. Makan dgn serunding daging, hirisan tembikai dan telur dadar. Sedap!!!

NASI GORENG DAGING

Bahan-bahan:
2 mangkuk nasi
*3 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*4 bj cili padi
100g daging - kisar/cincang
Mix vege - sayur kangkung
1 sb sos tiram
2 sb sos ikan
Daun ketumbar, daun bawang, cili besar
Garam

Kaedah:
1. Goreng daging yg dikisar hingga masak sedikit. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis pula bahan tumbuk* hingga naik bau. Masukkan daging.
3. Masukkan sos tiram dan sos ikan. Masukkan kangkung.
4. Masukkan nasi.
5. Sesuaikan rasa
6. Hias dengan daun ketumbar, daun bawang dan hirisan cili merah

You Might Also Like

1 comment

  1. TQ datang jenguk..Follower?Ada ke orang nak follow sy?blog biasa2 je.hahaha.cam malu plak..pepun, dh letak button follower. Kalu sudi follow, tak sudi xpe..^^

    ReplyDelete