Kesihatan

Smoking|Stop For Good

6:22 PM


Korang merokok?
Mcmana pulak dengan hubby?Mom?Dad?Friend?
Ada di antara orang sekeliling anda merokok?

Pernah sy bertanya my friend yg dh berbelas2 thn merokok:
 
Me: Kenapa tak berhenti merokok?
My fren: Susahla. Mana boleh
Me: Sape cakap tak boleh. Yg penting nak atau tidak je. Tgk ayah sy, dh berhenti merokok pn
My fren: Ala, ayah awak tu baru berapa thn je merokok
Me: Berapa thn?Ayh dh merokok sejak umur belasan lagi. Jd dh 30 thn++. Boleh je berhenti
My fren: Ala, nanti2 la

Tanyala banyak soalan mcmana pn, bg la bukti banyak mana pn kesannya merokok kepada badan, jawapan akhirnya tetap "Nanti2 la". Ayah sy sendiri pn sebelum dia dh berhenti merokok, jawapan itula yg dia beri pada mak n kami adik beradik bila disoal isu rokok ni.
 
Berapa banyak duit dh dilaburkan untuk rokok je. Sia2 k. Rokok yg dihisap tu umpama duit yg dibakar. So, imagine la kalau bakar duit cner. Cuma rokok ni tak nampak nilainya sama rata dengan duit yg dibakar secara mata kasar.

Tapi alhamdulilah, my dad dh berhenti merokok. 4thn+ dh.
Memang jenuh dh ditegur suruh berhenti merokok. Banyak kali dh bagitau kesannya tak baik untuk anak isteri tp my dad buat tak endah je. My mom penat dh marah. Mana taknya, mak kata bau badan orang merokok kurang enak baunya berbanding org tak merokok. Satu lagi, time drive merokok tp anak isteri ada dlm kereta. Asap rokok memang akan disedut la oleh anak2 kalau my dad merokok semasa drive.
 
My dad berhenti merokok bukan kerana kami tegur tp sebab datang penyakit kesannya dari merokok tu. One day, mulut my dad sakit. G klinik, dh check2, dptla ubat semua. Tp yg tanggung sakitnya tuan punya badan la. Mulutnya bengkak, tak leh buka, ada nanah n paling penting tak leh makan. Azab weh tgk my dad. Kalau kita tgk dh azab, apatah lagi org yg rasa. Tp syukur tak lama lepas tu, penyakit dh elok. Dia pn tak sentuh langsung rokok. Kalau ada org offer pn dia bgtau dh berhenti merokok. Syukur sgt2.

Kalau korang nak tahu, takde ape rahsia pn dia berhenti merokok. Jamu ke, ubat ke memang takde. Dulu kalau drive/pas makan memang dia merokok tp sejak berhenti merokok tu kesian gak tgk dia. Tahan mengantuk time drive. Drive sekejap berhenti, drive sekejap berhenti cz terlalu mengantuk. Sejak dh tak merokok, peneman dia hanya gula2 esp Kopiko, asam kering n keropok. Memang tak sihat tp itu dh cukup baik dari merokok. Terpaksala tahan kan nk berhenti merokok punya pasal. Lama kelamaan dh biasa drive tanpa menggunapakai rokok sebagai peneman. Sekarang selera makan my dad pn lebih dari dulu. Tak la gemok tp dia makan bykla. My mom kata bau badan dia pn dah ok

Alhamdulillah dikurnia dan ditakdirkan suami yg langsung tak pernah sentuh rokok.
So dlm my family hanya abg ipar je yg merokok
Tp tidak dibenarkan merokok dlm rumah cz adik bongsu sy akan tegur
Kalau budak kecik tegur org besar, mestila malu
Jadi, merokok luar rumah je
 
So, korang punya suami, adik beradik, ayah n abang adik ipar mcmana pulak
Kalau boleh elak, elak la ye dr sentuh rokok ni
Kalau dh merokok, cuba2 la berhenti.
Kalau dh biasa merokok sekotak sehari, kuranglah kpda 1/2 kotak ke sehari
Lama2 insyaAllah boleh berhenti

Jgn ckp tak leh ye
Sebab dh dibuktikan oleh my dad yg perokok boleh berhenti merokok
Berhentila merokok ya
Stop For Good!!!

Selamat Berhenti Merokok! ^^


You Might Also Like

0 comment