NASI

Nasi Goreng Paprik

3:49 PM

Wangi! Pedas! Sedap! Itu komen untuk nasi goreng ni. Resepi ni tiada lauk berkuah tu ye. Resepi ni adalah nasi goreng semata-mata. Korang cubala!!! Resepi ni aku buat ikut apa bahan yang ada di dapur. Resepi asal lain sikit je. Boleh klik link untuk info lebih lanjut. Jemput makan ye.


NASI GORENG PAPRIK

Bahan-bahan:
2 cwn nasi 
Sedikit dada ayam - potong kecil
*3 bj bawang merah
*2 ulas bawang putih
*4 bj cili padi
1 bj telur
3-4 helai daun limau purut
2 sb sos ikan
1 sb sos cili
1 sb sos tiram
mix vege -carrot n jagung mini
Garam
Daun sup, daun bawang, cili besar

Kaedah:
1. Goreng telur dlm sedikit minyak. Kacau telur supaya hancur. Angkat dan ketepikan. (mcm masak telur scramble)
2. Goreng ayam dalam minyak n biarkan masak sedikit. Angkat dan ketepikan
3. Tumis bahan tumbuk (*) hingga kekuningan
4. Masukkan sos cili, sos tiram dan sos ikan. Kacau
5. Masukkan mix vege, ayam dan daun limau purut. Kacau
6. Masukkan nasi dan telur. Kacau sebati
7. Sesuaikan rasa
8. Hias dengan daun sup dan daun bawang dan cili besar
9. Hidang dengan timun atau keropok ikan

P/s: Daun limau purut mesti dibuang urat tengahnya ye

Selamat Memasak!

You Might Also Like

0 comment