CEKODOK

Cekodok Jagung Berkrim

9:52 AM

Aku memang selalu buat cekodok jagung. Sebelum ni cekodok aku buat guna jagung rebus: Cekodok Jagung. Tapi kali ni aku guna jagung tin. Sedap juga rupanya. Rasa lebih kurang sama cuma resepi ni rasanya macam berkrim sikit. Tahukah? Kena cubalah ye sendiri. InsyaAllah sedap!
 

Resepi: mel

CEKODOK JAGUNG BERKRIM

Bahan-bahan:
3 sb tepung gandum/1 senduk nasi
3 sb gula pasir
1/3 jagung tin krim
1 sk baking powder
Sedikit garam
Air sejuk dari peti ais
Kaedah:
1. Satukan semua bahan. Kacau rata. Tambah sedikit air.
2. Perap 20-30minit.
3. Goreng keemasan.

p.s: Jangan letak terlalu banyak air. Selepas diperap, adunan akan jadi cair sedikit.


You Might Also Like

0 comment