CEKODOK

Cekodok Jagung

10:54 AM


Aku kalau bab jagung memang semua benda berkaitan jagung aku suka. Cekodok jagung, bubur jagung, jagung rebus, jagung bakar mahupun jagung madu tak payah masak kat Cameron tu semua aku suka.
Suami aku tak pernah makan jagung dibuat menjadi cekodok. Banyak sangat menu baru aku buat dia tak pernah jumpa tapi boleh dikatakan semua menu aku buat dia suka. Kecuali tauhu goreng. Dia memang cukup tak berkenan kat tauhu. Tak sedap katanya. Tapi tempe dan air soya boleh dia telah pula.. Suami..suami..tekak kita berbeza betul..

Resepi: mel

CEKODOK JAGUNG

Bahan-bahan:
1 tongkol jagung
4 sb tepung gandum
3 sb gula
1 sk garam
Air sejuk - air dlm peti ais

Kaedah:
1. Jagung direbus hingga masak
2. Potong jagung hingga jadi butir-butir kecil
3. Combine semua bahan
4. Goreng dengan minyak hingga kekuningan

p/s: Guna jagung yang manis ye. Kalau kurang manis, cekodok kurang sedap ye

You Might Also Like

0 comment