DAGING

Serunding Daging Sedap I

11:16 AM


Assalamualaikum.
Serunding daging memang menjadi kesukaan.
Tak kira puasa, raya atau hari biasa memang laju je makan.
Nak buat memang leceh tapi nak makan punya pasal kena la sabar untuk membuatnya.

Resepi ni dari mak di kampung.
Air tangan mak memang sedap, sampaikan ada orang tempah masa tiap kali raya.
Bila buat sendiri rasa ada kelainan sikit..tapi tetap maintain sedap

SERUNDING DAGING

Bahan-bahan:
1 kg daging
4 bj kelapa - amik santan pekat

Bahan kisar
*40 tangkai cili kering- boleh tambah kalau nak pedas
*2 sb ketumbar
*2 sb jintan putih
500 g bawang merah 
10 bj bawang putih
4 cm lengkuas
6 batang serai
4 cm halia
4 sb gula merah
Garam
(Bahan * direbus bersama sebelum dikisar dgn bhn lain)

Kaedah:
1. Potong daging besar-besar. Rebus hingga empuk dan kering air rebusan
2. Dalam periuk lain, rebus cili kering, ketumbar dan jintan putih. Toskan/buang air
3. Siat2 daging kecil2 seperti above picture. Mesti kecil-kecil ye
4. Dalam periuk/kuali besar, masukkan santan dan bahan kisar. Kacau rata
5. Masukkan gula dan garam.
6. Setelah kuah hampir kering, masukkan daging dan kacau rata.
7. Perlahankan api dan kacau hingga kering

Tips:
1. Untuk dapatkan serunding yang banyak, guna daging batang pinang.
2. Proses menyiat akan lebih mudah dan cepat dengan menggunakan daging batang pinang.



Daging dikacau sentiasa supaya tidak hangus. Daging mesti betul-betul kering untuk mengelakkan serunding cepat basi. Serunding my mom biasanya bertahan sebulan. Setelah daging tidak melekat antara satu sama lain, baru boleh matikan api.



You Might Also Like

0 comment