RESEPI

Sambal Sotong Pedas

12:57 PM

1st time masak sambal sotong yang mana sotongnya kena goreng dulu. Aku tak letak sos masam manis. Yang lain tu aku letak cuma tambah sikit cili padi. Memang pedas dan menyengat. Sedap!


SAMBAL SOTONG PEDAS

Bahan

  • 6-8 ekor sotong saiz M (dibersihkan, diperap dgn kunyit dan garam serta digoreng hingga garing)
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 sb cili kering kisar
  • 2-3 biji cili api (diketuk) - optional
  • 1 sb sos masam manis
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb sos tiram
  • 1/2 inci halia (ditumbuk)
  • 1/2 sdt garam dan gula
  • 1 biji bawang besar dan cili merah (dihiris)

Cara-cara

  1. Panaskan kuali dgn 2 sudu besar minyak masak/corn oil. Tumis bahan2 yg ditumbuk dan cili kisar hingga terbit bau. 
  2. Masukkan sos tiram, sos masam manis, sos tomato dan kacau hingga sebati. Masukkan sotong yg telah digoreng tadi. Kacau lagi. 
  3. Kemudian masukkan cili api(jika suka), garam, gula, bawang besar dan cili merah. Kacau hingga kuah agak pekat.
  4. Siap untuk dihidangkan dengan nasi panas.

You Might Also Like

0 comment