TIPS

Beli Emas

9:22 AM


Harga emas sekarang memang turun naik. Tapi beli emas@ melabur pada emas memang tak rugi
Tak rugi jika betul cara dan kaedah pelaburannya ye.

Hari tu pergi survey-beli emas kat Banting. Tapi sebelum men'survey' dan membeli, harus buat research dulu kn? Kang tak pasal2 kena tipu. Aku buat sedikit research melalui internet. Apa yang aku share di sini bagi org berpendapatan sederhana macam kami. Bagi yang banyak duit, tak perlu survey pergi saja je kedai mahal2 ya! Kalau nak lebih pasti, korang harus survey sendiri! Kalau berguna, jdkan panduan. Kalau tak berguna, abaikan saja ^^
__________________________________________________________________________

1. Pergi survey di kedai emas biasa dan kedai emas mahal2 (Habib, Poh Kong etc)
Dr research: Baik pergi kedai biasa cz boleh dapat lagi murah n byk pilihan
[ Kami dh pergi dua2. Harga mahal kalau bracelet tu min RM800. Kalau ada yg murah skit pn, x berapa lawa (Pada pendapat aku). Kalau yang lawa, duit pun kena lebih la bayar. Kedai biasa ada byk pilihan, n agak murah skit.]

2. Kos/harga upah mesti tahu. 
Dr research: Harga emas tinggi, kos upah rendah tp kalau harga emas rendah, kos upah tinggi (kedai mahal - diaorg main tarik2 tali kt situ je.Jd yg rugi pembeli cz time harga tinggi, diaorg buat sale). Kalau kedai biasa, kos upah rendah.
[ Bracelet RM800 tu tak termasuk kos upah ye. Kedai biasa, kos upah puluh2 ringgit pun boleh dapat]


3. Harga emas semasa mesti tahu
Dr research: Mesti check di bank@internet ye.
Emas 999 - RM200/g
Emas 916 - RM189/g
Emas 835 - RM173/g
[ Kedai mahal jual harga asal@ harga murah skit kot sbb tu mahal. Kedai emas biasa kami pergi survey ada kedai bagi RM155/g bg emas 916 n ada yg bagi RM153/g untuk emas yg sama.]

4. Kesahihan emas
Dr research: Ada yg kata bukan kedai emas biasa je menipu tp kedai emas mahal pn menipu gak.Time beli tertera emas 916 tp bila nak pajak/jual bukan emas 916 tp emas 835 je.
[ Kami tanya pada pekerja kedai emas pasal hal ni. Dia bgt yg kaedah yg diguna oleh kedai pajak@Ah Rahnu ke tak tepat.Guna air je.Dlm erti kata lain diaorg/kedai emas ni check guna batu+air asid utk memastikan ketulenan emas tu. Satu lagi kwn hubby bgt kalau harga bg murah seperti item 3, maknanya emas tu sebenarnya bukan bg murah tp memang emas 835@750 n bukan emas 916. Kesahihan benda ni tak dapat dipastikan plak. ]

5. No pada emas
Dr research: Tgk no di belakang cincin@bracelet anda. Kalau tertera no 916, makan emas 916 la.
[ Memang ada no ni tp kesahihan tak pasti plak cz tak pernah pajak brg kemas. Mana nk tahu sahih ke tak kan ]

6. Kedai yg ada review terbaik
Dr research: Kedai emas Tai Yick di Banting ada review baik. Kedai emas di Jln Tar pn ada review baik oleh para pembeli emas
[ Kami pergi kedai emas Tai Yick tu, memang dapat harga murah la. RM155/g bg emas 916. Kos upah RM115 bg harga bracelet RM1000++. Pekerja ada cina, melayu n india. Stategi pemasaran yg bagus! Kedai sekitarnya dapat RM153/g. Kena survey k! ]

7. Pilihan emas
Dr research: Kedai emas biasa ada banyak pilihan gak berbanding kedai emas mahal
[ Pilihannya sama banyak je. Tak kirala kedai emas mahal @ kedai emas biasa.Terpulang pada kesukaan masing2]
__________________________________________________________________________

Sebagai pengguna, kena bijak berbelanja. Kena bijak memilih brg yg ingin dibeli pada harga yg sepatutnya
Alah membeli, menang memakai ye. Selamat Shopping!!

You Might Also Like

1 comment

  1. baru nak g kedai emas.. ada kedai harga mahal dan ada yang harga murah sikit..

    ReplyDelete