Perasan tak sekarang macam2 jenis fesyen pemakaian tudung/hijab muslimah?
Perasan tak ada yang pakai tudung esp shawl tp leher nampak?
Perasan tak ada isu soal yg tersebar luas tentang pin di leher yang kelihatan seperti rahib?
Perasan tak ada isu tentang soal sanggul?
Kalau korang perasan, isu ni memang berleluasa dibincangkan di FB.
Tetapi, tahukah kita akan perkara sebenarnya?
Boleh atau tidak dalam Islam?
PERASAN TAK?
1. Ramai antara muslimah lebih mementingkan fesyen luaran/fizikal berbanding dalaman.
2. Tapi Allah melihat seseorang itu berdasarkan hati bukan dari fizikal kita. Maka, seseorang muslimah itu haruslah lebih memikirkan cara untuk mencantikkan iman dalam diri berbanding memikirkan cara untuk mencantikkan rupa fizikal
MESTI!
1. Dibolehkan untuk berfesyen tetapi jangan bertelanjang. Dalam erti kata lain, pakaian jangan ketat, jangan menampakkan bentuk tubuh dan tidak nipis
2. Dibolehkan berfesyen tetapi jangan berjalan lenggang - lenggok, jangan bertutur kata manja atau perbuatan yang bertujuan menarik perhatian orang untuk melihat
ISU SANGGUL!
“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.“(Riwayat Muslim)
1. Apa sahaja yang ditambah di kepala seperti sanggul palsu/rambut sendiri untuk membuat sanggul tinggi dengan niat menarik perhatian orang tidak dibolehkan
2. Tetapi crown xde kaitan sbb zaman Nabi tiada crown
ISU PIN DI LEHER!
1. Telah dibuat kajian bahawa pemakaian rahib adalah berbeza. Dalam erti kata lain, tiada bentuk pemakaian yang khusus/tertentu
2. Bagi muslimah, pastikan tudung yang dipakai, harus warnanya bagus, tidak nipis, dan tidak menarik perhatian
3. Dalam isu ni, yang penting adalah niat. Pakaila pin macamana pn, yang penting niat.
LABUHKAN HIJAB ANDA!
1. Kenapa pakai tudung mesti tutup dada? Adalah lebih baik, tudung itu dipakai melepasi bawah dada supaya pemakainya tidak disakiti.
2. Tidak disakiti di sini membawa maksud supaya orang lain tidak melihat kita ni seperti orang yang boleh dimanja2 atau dibawa main2.
3. Mestilah menutup bahagian aurat yang boleh meningkatkan nafsu syawat lelaki atau yang boleh mendatangkan dosa kepada lelaki
4. Bagi lelaki pula, haruslah menundukkan pandangan wajah daripada melihat perkara yang tak sepatutnya
Sumber: Rancangan Assalamualaikum Tv AlHijrah
Jemputan: Ustaz Zaharuddin
Pandangan aku:
1. Pakailah tudung/pakaian yang menutup aurat. Labuhkan tudung melepasi paras dada. Aurat hanya untuk suami sahaja!
2. Apa sahaja yang ingin kita buat, yang penting niat di dalam hati haruslah sentiasa baik atau kerana Allah
3. Jika sesuatu isu timbul, jgnlah kita terus percaya. Buat kajian, minta pandangan orang lebih berilmu atau orang yang lebih arif dalam hal keagamaan khususnya dari kita.
4. Janganlah mengikut trend/fashion terkini hingga syariah diabaikan.
5. Jangan mengadili seseorang dari luaran kerana hanya Allah yang tahu siapa seseorang itu sebenarnya. Selalulah berfikiran positif tentang seseorg kerana mungkin dia tidak tahu halal haram perkara yg dibuatnya.
Fesyen anda pula macamana?
Lebihkan trend terkini atau lebih penting syariah?
Tepuk cermin, tengok diri sendiri :)
p/s: Info di atas adalah hasil dari bual bicara yg sy tonton. Andai ada tersalah, mohon diperbetul.

0 comment