AYAM

Rendang Ayam Pedas

9:45 AM

Teringin k makan rendang ayam. Nak tunggu Aidiladha, seminggu lagi. Jadi, haruslah buat sendiri. Resepi asal: homefamilysite. Aku buat sama macam resepi cuma ada tambah 2 bahan lebih je. Tak rugi cuba. Memang sedap!

RENDANG AYAM PEDAS

Bahan-bahan:
6 ketul ayam
* 1/2 sb jintan manis
* 1/2 sb jintan putih
* 1/2 sb lada hitam
* 1 sb ketumbar
- 5 bj bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 in lengkuas
- 1 in kunyit hidup
- 1 batang serai
- 10 bj cili kering
1 helai daun kunyit - ikat
5 bj cili padi - hiris
3 helai daun limau purut - buang urat tengah
1 batang serai - ketuk hujung
1 mangkuk santan pekat - 1 bj kelapa
1/2 cwn air
1 sb kerisik
1/2 cwn air asam jawa
Garam , gula

Kaedah:
1. Sangai bahan (*) dan kisar kering
2. Kisar bahan - dengan sedikit air
3. Tumis bahan (*0 yang telah dikisar.
4. Masukkan bahan kisar basah , cili padi dan serai yang diketuk. Tumis hingga pecah minyak
5. Masukkan ayam dan air. Kacau sebati. Biar seketika
6. Masukkan santan. Kacau sebati dan biar ayam masak
7. Setelah pekat sedikit, masukkan daun kunyi , daun limau purut, air sama jawa dan kerisik. Kacau sebati
8. Masukkan garam dan gula.
9. Biarkan kuah pekat
10. Hidang

You Might Also Like

0 comment