NASI

Nasi Lemak Sedap

5:41 PM

Assalamualaikum. Lama dah tak makan nasi lemak. Nak buat selalu tak leh. Nak makan 2 mulut je. Kalau makan kat luar, belum tentu sedap. Jadi, buat sendiri. Lagi sedap dan pedas. Korang mesti tau masak nasi lemak kn? Tak yah taip resepi boleh? Banyak kali try error masak nasi lemak ni. Nasinya senang je buat tapi tang sambal tu memang kena buat betul-betul.

Resepi: mel

NASI LEMAK SEDAP

Bahan:-
2 cwn santan pekat
1 1/2 pot kecil beras
2 in halia - hiris nipis
1 helai daun pandan - simpul
garam

Kaedah:-
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi.
2. Setelah masak boleh dihidang dengan sambal ikan bilis.

* Jika menggunakan periuk biasa, nasi harus dikacau sekali sekala


SAMBAL IKAN BILIS

Bahan:-
1 cawan ikan bilis - dibasuh
1/2 bj bawang besar
*10-15 bj cili kering
* 8 bj bawang merah
* 1 ulas bawang putih
1/2 cawan air asam jawa
1/2 sb gula merah
Sedikit gula pasir
Garam
Air

* Bahan Kisar

Kaedah:-
1. Tumis hingga kekuningan
2. Masukkan bahan kisar. Masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan ikan bilis dan air asam jawa dan sedikit air.
4. Masak selama 15-30minit sehingga kuah hampir pekat.
5. Perasakan dengan garam, gula dan gula merah.
6. Biar kuah pekat seperti yagn disukai. Angkat dan hidang.

Boleh dimakan bersama kacang goreng, ikan bilis goreng, telur rebus atau jika suka telur mata pn boleh. 
Tak lupa timun ye. Sambal tu kena dimasak dalam tempoh yang agak lama ya supaya tak sakit perut dan supaya sambalnya tahan lagi lama

*My mom slalu cakap, kalau masak nasi kena basuh periuk betul-betul, beras juga kena basuh bersih-bersih supaya nasi yang dimasak tahan lama dan tak basi.

Selamat Mencuba

You Might Also Like

0 comment