Asam

Borong Asam

8:31 AM

Berjalan-jalan membeli belah barangan elektrik di Banting ritu, terjumpa 1 kedai jual asam dan segala macam jeruk. Dari yg paket kecil sampaila ke paket besar semua ada.
Yang paling penting, bila tengok paket, orang Melayu punya produk.
Lagila tertarik nak beli kan. Yang disambar asam boi putih, asam halia pedas dan kacang
Yang takde dalam pic (of course la sudah ada dalam perut ) jeruk betik dan jeruk sengkuang.
Jeruk tu dah habis dalam perjalanan pulang. Kacang tu pun tinggal 1/2 je.
Kami ni memang suka makan dalam kereta. Tapi yang penting, untuk mengelakkan hubby ngantuk je time drive

Mula-mula nak beli asam boi putih tu paket besar tapi hubby kata tak baik untuk kesihatan
So, terpaksala beli paket kecil je. Aku ni selalu masuk angin dalam badan, nak buat air halia selalu memang malas. Nak minumnya sikit je, proses buat tu yg leceh. Beli asam halia pedas yg kering ni memudahkan sikit. Perut banyak angin je, telanla asam ni. Keluarla segala macam angin yg buat pedih perut tu

Kan ada air jambu yg orang jual tepi jalan tu. Yang buat sedap adalah serbuk perasanya.
Serbuk tu asam boi putih k. Leh buat sendiri pun kat rumah.
Selain letak dalam jus jambu, leh gak letak dalam jus epal. Memang sedap!!!

You Might Also Like

0 comment