MINUMAN

Soda Lemonade

8:44 AM

Suka sangat minuman ni. Kalau pergi PizzaHut memang air ni la wajib minum. Tapi dah suka takkan nak g beli air je kan. Minum banyak kali dan dah tau dah macamana nak buat. Sangat senang. Rasanya pun memang sama. Leh buat banyak lagi di umah. Tapi tak boleh minum selalu sebab guna air bikarbonat. Tka baik untuk kesihatan. Bezanya dengan minuman di PizzaHut, ada letak agar-agar merah. Yang kat PizzaHut punya tiada picture asal, ada picture yang dah habis minum je. ENTRY ni.

Resepi: melinblossom

SODA LEMONADE

*Untuk gelas di atas ye ~ gelas McD

Bahan-bahan:
1 bj asam boi putih - mesti beli yang sedap
Perahan dan hirisan 1 bj limau nipis
1/2 gelas air soda
1/2 gelas air masak sejuk
2-3 ketul ais

Kaedah:
1. Campur semua. 
2. Boleh terus minum

* Pastikan asam boi putih tu yang manis dan sedap
* Kalau tak suka rasa soda sangat, kurangkn soda, lebihkan air masak

You Might Also Like

0 comment