BISKUT

Biskut Dahlia@Semperit

8:00 AM

Assalamualaikum. Aku tak tau ape beza biskut dahlia atau semperit. Memang tak berapa suka.
Tapi hubby suka jadi buat la untuk dia. Resepi asal mik kat SINI tapi aku buat 1/4 je jadi memang lain dari resepi asal. Ada 4 resepi dalam link tu, aku guna yang kedua: Biskut Dahlia/Semperit by eija Fnr.

Main agak-agak je kuantiti bahan-bahannya. Tapi hubby kata: Sedap! Macam kuih raya. Bagi 10/10.
Rasanya rapuh kat luar tapi bila masuk dalam mulut, lembut je. Apelagi gembira bukan main la kan.
Cuma aku tak buat macam bentuk asal cz saja nak ubah-ubah yang sodap macam semperit!

BISKUT SEMPERIT/DAHLIA

Bahan-bahan:
125g mentega
100g gula
1 bj kuning telur
100g tepung kastard
100g tepung jagung
1sb tepung gandum
50g tepung beras
Esen vanilla

Kaedah:
1. Kacau mentega dan gula. (Aku pukul hingga kembang)
2. Masukkan esen vanilla dan  kuning telur. 
3. Masukkan tepung kastad, tepung jagung dan tepung beras.
4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. (Aku masukkan 1 sudu je coz adunan dah sesuai untuk ditekan dengan acuan)
5. Bakar pada suhu 170 C ~ 20 min.


Dah sejuk masuklah balang kan.
Jangan panas-panas masuk terus dalam balang. (Boleh nak terus masukkan tapi jangan ditutup rapat k).
Resepi ni dapatlah biskut hampir penuh 1 balang.

Buat lagi biskut ni tapi hiasan lain skit. Yang ni rasanya lagi sedap coz rasa manis dari coklat.
Kali ni buat untuk my mom dan mil. Tak sabar mahu pulang ke kampung! Belum pun raya dah nak habis biskut ni en suami makan.hahaha

You Might Also Like

0 comment