Agama Islam

TAHUKAH ANDA? | Zakat Fitrah

7:12 AM

 
Zakat fitrah?
Sudah diselesaikan?

Alhamdulillah, malam td pas terawih, suami bayar zakat fitrah.
Alhamdulillah, selesai satu tanggungjawab.

Pengertian Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Kadar Fitrah

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya

3.Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan

4.Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Kata Artis Jaafar Onn: Rezeki Tuhan bagi bukan kita sorg punya tp untuk di kongsi bersama-sama

Selamat beramal.
Salam Ramadhan ke 21.

*Info: http://www.e-zakat.com.my

You Might Also Like

0 comment