KUIH

Pisang Goreng Rangup

4:25 PM


Semua orang reti masak pisang goreng kan. Lagi2 kalau peminat pisang, memang kena tahu resepi terbaik untuk goreng pisang. Resepi ni my mom selalu buat bila ada kenduri di rumah. Dan kebiasaan memang guna pisang tanduk, kegemaran ramai.

Hasilnya memang sedap, pisang jadi rangup n paling penting tak berminyak bila makan. Mel makan dengan cili kicap, memagn terbaiklahh. Satu lagi, rupa pisang ni lepas digoreng pun nampak cantik je. Nak tau betul tak, kenalah cuba ye.

PISANG GORENG RANGUP
Resepi: mel

Bahan - bahan:
1 bj pisang tanduk - pisang lain pn boleh
3 sb tepung pisang goreng ADABI - plastik warna kuning
2 sb tepung gandum
1 sb tepung beras
1 sb planta/mentega - cairkan ye
1 bj telur
Garam
Serbuk kunyit
Air

Kaedah:
1. Letak semua bahan dlm mangkuk n kacau sebati
Note: Jgn cair sgt adunan, nanti tak lekat kt pisang
2. Goreng keemasan.
3. Hidang



Cili kicap
Resepi: mel

Bahan:
Kicap manis
Sos tiram
*Cili padi
*Bawang putih
*Halia (*tumbuk)

Cara
1. Satukan bahan tumbuk dengan kicap dan sos tiram.
2. Hidang

You Might Also Like

0 comment