NASI

Lontong Goreng

4:03 PM

Assalamualaikum. Lama sangat dah buat hidangan ni, baru nak buat entry.. Resepi ni memang lain dari yang lain. Bagi penggemar nasi impit, hidangan ni memang harus cuba. Sedap, menyelerakan dan mengenyangkan. Boleh dimakan tak kira sebagai sarapan mahupun makan malam. Aku kalau dah tak tahu nak masak apa, hidangan ni la aku buat! Pagi-pagi rebus nasi impit, tengahari dah boleh masak. Sampai ke petang aku kenyang!

Resepi: mel

LONTONG GORENG

Bahan-bahan:-

3 paket mini ketupat
1 1/2 sb cili kering kisar
1 bj cili merah
4 bj cili padi
1 sb sos cili
1 sb sos tiram
1 sb sos tomato
1 sb kicap
1 bj telur
Ayam goreng - goreng dan carik
Garam
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng

Bahan kisar/tumbuk:-
3 bj bawang merah
3 ulas bawang putih
1 in halia
1 in lengkuas


Kaedah:
1. Mini ketupat direbus. Pabila sejuk, potong dadu. Ketepikan
2. Tumis bahan kisar hingga kekuningan.
3. Masukkan cili kisar, cili merah dan cili padi hingga pecah minyak.
4. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Kacau rata
5. Masukan ketupat dan ayam goreng. Kacau sebati
6. Setelah sebati, masukkan sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang
7. Pecahkan telur dalam mangkuk, pukul sedikit dan masukkan. Biarkan sebentar. Kacau hingga telur masak.
8. Setelah agak kering, sesuaikan rasa. Tutup api dan angkat.
9. Hidang dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan.

* Jika tiada bawang goreng ready made, boleh buat sendiri.
Caranya: Hirisan bawang merah + garam. Goreng kekuningan. Siap!

* Pastikan telur benar-benar masak dan kering untuk mengelakkan bau hanyir ada ketika makan.

* Kalau suka, boleh letak daging/udang, mix vege yg lain.


You Might Also Like

0 comment