Assalamualaikum. Alhamdulillah, saban tahun memang tak pernah miss buat popia nestum ni. Sangat digemari oleh seisi keluarga. Kadang2 tu masa berbuka pun meratah lagi. Terpaksa ulang buat lagi la kan. uhuu
Part menggulungnya memang kekadang idok lerr rajin. Tapi nak makan punya pasal, bawa2 rajinkan diri. Pernah mel makan satu rumah tu, tengahnya kosong. Popianya digulung sikit saja. Dalam selapis dua gitu. Lepas tu dipotong panjang2. Lain kali nak buat macam tu la. Rasanya sama saja tapi kalu yg makan rumah orang tu agak ringan dan tak basah pun. Memang lagi sedap!!
Popia Nestum
Sumber: exo
Bahan-bahan:
1 paket kulit popia mini - dapatlah 1 balang kecil
50 g nestum - kisar halus
50 g gula putih - kisar halus.
100 g horlicks
Kaedah:
1. Gulung kulit popia. (sesuka hati)
2. Gamkan hujung popia yg telah digulung.(Mel guna putih telur - baru lepas buat biskut, jd guna je telur lebihan tu.)
3. Potong menyerong kulit popia yg telah siap digulung.
4. Goreng kulit popia keemasan. Toskan.
5. Gaul popia dgn campuran nestum, gula dan horlicks.
6. Siap untuk dimakan

0 comment