Info

DUIT RAYA | Dulu & Sekarang

9:22 PM

Pemberian duit raya memang lumrah setiap kali Aidilfitri.
Namun dari tahun ke tahun, jumlahnya semakin meningkat.
Memang banyak bezanya duit raya dulu dengan sekarang.
Well, duit tetap duit, tp byk bezanya.

Masa kecik2, banyak dapat duit syiling.
Paling famous duit syiling 50 sen.
Tp ada gak dapat duit syiling + gula2 dalam plastik lutsinar.
Ada 30 sen n 50 sen. 20 sen pn ada tau.

Pas2, keluar duit kertas RM1.
Jadi semua orang esp budak2 memang seronok buka sampul dapat duit kertas RM1.
Mana taknya, duit keluaran baru Bank Negara.
Lagipun, duit kertas RM1 agak memudahkanla.
Tak yah pening2 nak kira duit kn


Tak lupa kemunculan duit RM2 pulak
Kalau rasa segan nak bagi RM1, yelah rasa sikit sgt, bgla duit kertas RM2.
Masuk je dalam sampul. Siap!
Duit ni rasanya dah tak jumpa dh
Tak tau kenapa


Yang paling best masa duit kertas RM5 baru dikeluarkan.
Tak ingat tahun bila.
Yelah, duit kertas RM5 kan special sikit designnya.
Semua orang berusaha la nak koyak duit RM5 yg kononya takleh koyak.
Ada gak yg gunting. Dh gunting, mestila koyak. Apelah!!
Memang terujala budak2 kalau dapat duit kertas RM5 tahun tu

Bagi yang banyak duit, lehla masukkan dalam sampul RM5, RM10, RM50 n ke atas la ye
Dalam erti kata lain, nilai duit tu dh sgt beza dulu dan sekarang

Budak2 dulu2 time dapat RM1 pn rasa macam amat mewah.
Tp budak2 zaman millennium ni, kalau dapat RM1 siap ckp 'Ala, singgit je?'
Pastu yg takder adab tu, buka depan2 tuan rumah.
Kepada yg ada anak2 tu, ajarlah anak2 tu adab datang rumah orang ye.

Contohi my mom. Setiap kali my lil sis kuar beraya, mak mesti pesan: Sampul kalau dapat terus masuk poket, jgn buka2, nanti takut tercicir duit. Balik rumah baru kira dgn mak ye. For me, teknik ni memg bagus, taktaula u olls kn.

Sebenarnya kalau dapat duit syiling tu lagi bagus dari duit kertas.
Duit syiling kalau dapat terus masuk tabung tp kalau duit kertas macam senang je dihabiskan beli benda macam2. Beli itu la, beli ini la. Habis gitu je.
Pernah gak sekali my lil sis kira duit tabungnya, hampir RM200+ hasil dari lebihan duit yang dia ada setiap hari. Tanpa sedar memang byk k.
Yelah, duit syiling jarang guna, jadi masuk tabung jela kan.


Tp kekadang tu, tuan rumah segan pulak nak bagi RM1 or nilai duit yg kecil dari tu.
Apepun, yg penting keikhlasan ye.
Banyak atau sedikit bukan ukuran.
Ada duit lebih, bolehla beri banyak sikit.
Kalau ada rezeki dapat bagi RM1 dalam satu sampul pn dh ok.
Jgn sampai berhutang sana sini sbb nak bagi duit raya kt org pulak.
Niatla bersedekah walau apepun nilai kita nak bagi.
Orang nak terima/mengutuk atau tidak, Tuhan je tahu niat sedekah kita.

Aku harap dapat ajar anak2 akumenabung dari kecil.
InsyaAllah

You Might Also Like

0 comment