BISKUT

Biskut Denmark

10:03 AM

Resepi ni dapat biskut yang rangup dan sedap. Biskut ni dapat sambutan ramai antara blogger2, harusla cuba kn.Tak cukup masa nak taip resepi, C n P saja  resepi asal. Mahu packing bag pulang ke kampung!

Resepi: Kak Ummi

BISKUT DENMARK

Bahan-Bahan:-
  • 2 cawan gula (mklang guna 1½ cwn)
  • 1½ cawan butter
  • 3 cawan tepung jagung
  • 2½ cawan tepung gandum
  • Vanilla
  • 2 biji merah telur
Bahan Icing:-
  • 2 kati kacang tanah – sangai dan tumbuk (mklang beli readymade aje)
  • 2 bungkus gula icing
  • 4 camb serbuk koko
  • Air panas
*(Nota : bg sesiapa yg rajin nak buat icing ni silalah tapi maklang buat ringkas aje dengan mencairkan cooking choc + shortening, celup biskut dlm coklat dan golek ngan kcg tumbuk) - akak pun wat style Maklang jek..hehe
Cara-Cara:-
  1. Adunkan butter + gula hingga berkrim·
  2. Masukkan telur kemudian kacau hingga sebati·
  3. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati·
  4. Ayak semua tepung, masukkan sedikit-sedikt – uli hingga menjadi lembut.
  5. Gentel bulat – sebesar hujung jari manis je , sbb nanti ia mengembang.. bakar dan sejukkan. (*ummi bakar pd suhu 180C selama 15 - 18 minit - hingga nmpak nak garing sikit, baru rangup! Itupn, bergantung jgk pd oven masing2 ya..)
  6. Celup dlm coklat dan golek dengan kcg tumbuk

You Might Also Like

0 comment