Mee | Mihun | Spaghetti | Laksa | Pasta

Mee goreng I

1:31 PM


Assalamualaikum. Menu mudah untuk dibuat. Yang bosan makan nasi, boleh cuba mee goreng pula. Kalau sukakan berkuah, boleh letak air banyak sikit. Yang sukakan pedas boleh masukkan cili padi ketika menggoreng mee. Selamat mencuba

Mee Goreng
Resepi: mel 

Bahan-bahan:
1 mangkuk mee kuning - celur dengan air panas

Mix vege - sawi, kobis
2 ekor udang - direbus dengan sedikit air
1 sb sos tiram
1 sb sos cili
2 sb kicap
1 keping tauhu - goreng dan potong dadu
Bebola ikan
Ayam - digoreng dan dipotong kecil.
Daun sup, daun bawang
1 bj limau kasturi
/lemon
1 bj cili merah - hiris
Garam

Bahan kisar:
1 1/2 sb cili kering yang telah dikisar
2 bj cili padi
1/4 bj bawang besar
2 ulas bawang putih
1 in halia
1 in lengkuas 


Kaedah:
1. Panaskan sedikit minyak
2. Masukkan bahan kisar dan cili besar. Masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Kacau
4. Masukkan mix vege, ayam, udang dan air rebusan udang. Kacau
5. Perasakan garam dan gula.
6. Kuatkan api. Masukkan mee, tauhu dan bebola ikan. Kacau rata dan matikan api.
7. Hias dengan daun bawang dan daun sup.
7. Boleh perahkan limau kasturi/lemon sebelum dihidang.


* Kalau buat untuk banyak rencahnya kena lebih kot tapi menurut kata tukang masak restoran/kedai, diaorang buat 1 pinggan sekali masak coz lain rasanya buat banyak.

You Might Also Like

0 comment