BUBUR

Bubur Lambuk Terengganu

1:48 PM

Assalamualaikum.Inilah 1st time buat bubur ni. Ya ampunnn memang sedap. Hubby pun sukalah sesangat dapat makan hidangan Terengganu. Alhamdulillah, rasanya memang lain dengan bubur yang biasa buat tapi menarik la coz mencuba sesuatu yang baru. Resepi amik dari Kak Hanieliza tapi linknya dah takder pula. Silalah cuba ye!

BUBUR LAMBUK TERENGGANU

Bahan-bahan:
2 1/2 cawan beras
 2 ekor ikan kembung
2 cwn santan
*1 genggam udang hidup
*2 sb udang kering
*8 bj bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 in halia
* 2 sb serbuk lada hitam
3 batang serai - ketuk
6 cwn air
3 helai daun pandan
2 helai daun kunyit
2 cwn pucuk paku - aku ganti dengan kangkung
3 tangkai daun kesum
2 sb kerisik
Garam

Kaedah:
1. Ikan direbus dengan sedikit garam
2. Masak beras  air rebusan ikan
3. Kisar udang, bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam dan udang kering
4. Masukkan bahan kisar dalam beras yang telah kembang
5. Masukkan santan dan serai
6. Tambah kerisik dan garam
7. Masukkan pandan, daun kunyit, daun kesum dan pucuk paku
8. Hidang

* Buat 1/2 je dari resepi asal coz nak makan 2 orang je kan.

You Might Also Like

0 comment