KUIH

Kuih Vadai

1:59 PM


Assalamualaikum. Kuih ni memang aku suka gila. Memang suka sangat tapi hubby tak suka jadi buat sorang-sorang, makan pun sorang-sorang. Kat pasar malam ada jual tapi untie India yang jual jadi xpernah nak terbeli pun.

Jadi belajar buat sendiri. Puas hati! Resepi ni ambil dari pekerja hubby. Seorang lelaki dan sangatlah pandai memasak. Aku ni pompuan pun tak terror memasak macam dia ni. Berkunjung ke rumah terbukanya terjumpa kuih ni dan sangatlah sedap dia buat. Kalah orang yang menjual. Apelagi mintalah resepi. Kacang dhal tu ada banyak jenis, jangan beli yang kecil-kecil tu coz itu untuk buat rempeyek. Beli yang besar-besar ye. Sedap!!!

Vadai
Resepi: En Zabani
Olahan: melinblossom

Bahan- bahan:
250g kacang dhal
6 tangkai cili kering - hiris halus
1 tangkai daun kari- hiris halus
1 labu bawang besar - cincang
1sk jintan manis
Garam

Kaedah:
1. Rendam kacang semalaman
2. Toskan dan kisar tanpa menggunakan air. [ Kacang dah lembap jd mudah dikisar. Tahap kekasaran ikut selera masing-masing]
3. Satukan semua bahan di dalam bekas
4. Buatkan bulat-bulat di atas tapak tangan sebelum digoreng
5. Goreng keemasan. Pastikan minyak gorengan cukup panas untuk mengelakkan kuih hancur atau terlalu berminyak

* Lepas dibentuk, mel letak atas talam dan masukkan dalam freezer lebih kurang 10-15 minit. Lepas tu baru goreng. Jadi ia senang digoreng..

You Might Also Like

0 comment