Daging Masak Kicap Berempah

12:28 PM


Hari ni dah hari ke-15 berpuasa. Biasanya kalau dah hari ke-15, cepat je sampai hari terakhir berpuasa. Malam tadi masa g terawih dengan hubby, cerah betul jalan. Bulan terang dan besar betul. Kami g naik motor coz dekat je jadi lehlah menikmati permandangan waktu malam kan. Tapi bintang x berapa nak ada pulak. Yang lawaknya aku siap tunjuk bintang kat bawah bulan, tapi tetiba bergerak. Rupa-rupanya kapal terbang daa.. Kena gelak dengan hubby je.. hahaha

Daging masak kicap berempah ni favourite kami berdua. Aku jarang jumpa daging dimasak sebegini di restoran yang aku g. Biasanya masak kicap je. Entahlah.

DAGING MASAK KICAP BEREMPAH

Bahan-bahan:
1/2 kg daging - untuk 2 orang makan
2 sb cili kisar
3 sb kicap
1 sb sos tiram
1 sb sos cili
*3 bj bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1/2 bj bawang besar
* 1in halia
* 1 bj cili besar
* 2 bj cili padi
1 sk jintan manis
1 sb lada hitam
1 btg serai - ketuk

Kaedah:
1. Daging direbus hingga empuk ~ 2-3 jam. bergantung kepada jenis daging
2.Tumis bahan yang dihiris (*) dalam sedikit minyak hingga kekuningan.
3. Masukkan juga serai,  jintan manis dan lada hitam.
4. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tiram dan kicap. Kacau rata.
5. Masukkan daging bersama-sama air rebusan. Biar seketika.
6. Setelah kuah agak kering, masukkan garam mengikut kesukaan
7. Hias dengan daun ketumbar jika suka.

* Kalau rasa nak pedas boleh tambah lebih lada hitam tapi kalau tak suka rasa lada hitam, boleh lebihkan cili padi.

You Might Also Like

0 comment