IKAN

Ikan Keli Berlada

4:47 PM


Assalamualaikum. Menu ringkas yang memang menggamit selera tiap kali makan. Kalau makan ramai2 terutamanya saat berbuka puasa, memang seronok. Gara2 nak cepat, tumbuk saja cili jadi tak hancur sangat cilinya. Walau macamanapun, lauk ni habis dulu. Siap tak cukup lagi. Alhamdulillah sedap dan semua orang suka. Nak masaknya pun tak renyah.

Ikan Keli Berlada
Resepi:  mel

Bahan-bahan
7 ekor ikan keli
*6 biji cili besar
*10 biji cili padi
*4 biji bawang merah

*1 bj bawang besar
*3 ulas bawang putih (*Tumbuk/kisar halus)

Garam
Serbuk kunyit
Gula pasir

Kaedah
1. Ikan keli dibersihkan. Gaul dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng 3/4 masak dalam minyak terendam. Angkat dan toskan.
2. Dalam sedikit minyak, tumis bahan (*) hingga naik bau.
3. Perasakan dengan garam dan gula.

4. Masukkan ikan dan kacau rata hingga sambal menyaluti semua ikan. 
5. Matikan api dan hidang

You Might Also Like

0 comment