BUBUR

Bubur Ayam

10:23 AM

Assalamualaikum Bubur ayam ni memang selalu buat kalau selsema or rasa nak demam. Resepinya hasil ciptaan sendiri coz suka betul bubur ayam kat McD tapi terlalu berair dan mahal gak la untuk semangkuk bubur yang tak berapa nak kenyang tu. Jadi try buat sendiri, jadik!!!Dan sedap pula. Kiranya sedap kat mulut sendirilah tapi tak tau la kat mulut orang lain sedap ke tak kan. Resepi main suka-hati tambah bahan sendiri.

Resepi: mel

BUBUR AYAM

Bahan-bahan:
1 pot beras - ini pun dah cukup banyak coz nak makan sorang je
*1 in halia
*3 bj bawang merah
*2 bj bawang putih
*1 bj cili merah
*2 bj cili padi
1 cwn santan
1 mangkuk daging ayam - potong kecil
Mix vege - aku letak carrot je
Daun sup, daun bawang, bawang goreng

Kaedah:
1. Beras dimasak dengan air sehingga hampir-hampir lembut
2. Masukkan semua bahan hiris (*), ayam dan mix vege. Kacau.
3. Masukkan garam. Kacau
4. Setelah hampir masak or air hampir kering, masukkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng
5. Hidang

* Nak pekat or nak lagi lembut ke, terpulang pada kehendak masing-masing la ye

You Might Also Like

0 comment