KUIH

Donut Lembut

11:49 AM

Donut ni resepi my mom. Lembut sangat wooo...Tapi aku buat takder la bulat-bulat macam donut biasa tu bentuknya. Buat kecil-kecil dan panjang coz senang nak makan. Sekali telan dan gula pun tak berterabur sana sini. Aku buat sikit je. Untuk 2 orang je nak menjamahnya. Sedap ke tak, korang kenalah cuba sendiri.

DONUT LEMBUT

Bahan-bahan:
2 cwn tepung gandum
2 sb susu tepung
1sk garam
2 sb gula
1 sb margerin
1 sb minyak
1 paket mauripan
1 bj kentang - rebus n lenyek/kisar halus
Air suam

Kaedah:
1. Gaul semua bahan hingga menjadi doh. 
2. Tutup doh dengan kain lembap atau apa2 penutup dan biarkan 1-3 jam untuk membiarkan doh mengembang.
3. Buatkan bentuk yang disukai n goreng keemasan.
4. Tabur dgn gula castor/gula putih biasa yang dikisar hingga halus.
5. Hidang

* Air suam dimasukkan sedikit demi sedikit sambil menggaul adunan bagi mengelakkan doh lembik
* Kegunaan ubi kentang untuk melembutkan donut tp jgn guna banyak sangat cz nanti ada rasa n bau ubi kentang.

Yang ni buat lain adunan. Hari lain la buat. Baru dapat macam donut kn.
Sama resepi dengan yang atas cuma buat bentuk je lain.

You Might Also Like

0 comment