IKAN

Ikan Keli Masak Lemak Cili Padi

4:56 PM

Dah cuba masak ikan ni tanpa guna bawang tapi rasanya kurang skit dari yang letak bawang. Ke aku yang tak reti? Tak taula orang lain, mungkin lidah lain, rasa pun lain la kan. Aku lagi suka guna resepi biasa yang aku masak. Tiap kali nak masak hidangan ni, resepi inilah aku guna. Memang sedap!

Resepi: mel

IKAN KELI MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan
2 ekor ikan keli
*2 bj bawang merah
*2 ulas bawang putih
*5 bj cili padi
* 1 in kunyit hidup
Santan dari 1 bj kelapa 
(1 mangkuk santan pekat + 1 mangkuk santan cair)
1 btg serai - ketuk
Garam

Kaedah
1. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
2. Goreng ikan hingga masak. Angkat
3. Tumis bahan tumbuk (*) dgn sedikit minyak hingga naik bau.
4. Masukkan serai, santan cair, serbuk kunyit dan ikan.
5. Pabila dah mendidih, masukkan santan pekat.
6. Biarkan seketika dalam api yang sederhana.
7. Hidang

You Might Also Like

0 comment