PIZZA

Homemade Pizza Sedap

8:43 AM


Assalamualaikum. Buat pizza ni untuk hidangan waktu petang. Dapat markah tinggi dari juri/hubby. Katanya "Urm, sedap macam kat bukit tinggi". Senyum lebarlah si tukang masaknya..Tapi serious memang sedap. Bukan nak puji diri sendiri tapi resepi ni memang mudah tapi hasilnya memang sedap. Tapi lupa resepi amik di mana.

PIZZA

Doh
1 cwn tepung gandum
1/2 paket mauripan
1 sk gula
1 sk garam
sedikit air

Kaedah
1. Campurkan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
2. Biarkan di tempat panas/suam hingga doh naik sebelum diletakkan di atas pan pizza.

Gambar sebelum dibakar. Kalau ada cili benggala hijau mesti lagi menarik rupanya.

Topping
3 sb sos cili
3 sb sos spageti - aku guna brand Prego dalamtin
*Lada benggala dan cili merah
*Daging ayam - dipotong kecil
*Sosej ayam
*Filamen ketam
*Bawang besar- hiris
Parutan chese - aku guna cheddar cheese dari Kraft
Olive oil - minyak biasa pun boleh

Kaedah
1. Panaskan oven 200C.
2. Uli rata doh di atas pan pizza. 
3. Sapu rata minyak di atas doh yg telah diratakan.
4. Sapu rata sos cili dan sos spaghetti
5. Taburkan bahan topping *
6. Taburkan parutan cheese.
7. Bakar selama 15 minit

You Might Also Like

0 comment